Khamis, 2 Mei 2019

Konsep Sains dan Teknologi

Konsep Sains dan Teknologi

1.Konsep Sains

Berdasarkan English Oxford Dictionary (1991), sains ditakrifkan sebagai, “suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau, disusun secara bersistem dan himpunan dalam bentuk hukum-hukum umum. Ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk perkataan Inggeris ‘science’ yang berasal dari perkataan Latin ‘scientia’ yang bermaksud ‘pengetahuan’ (Wan Fuad Wan Hassan, 1996)

2. Konsep Teknologi

Teknologi ditakrifkan sebagai penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali (Galbraith, 1978). Teknologi didefinisikan juga sebagai “Sains Gunaan (applied Sciences), di mana penggunaan ilmu sains untuk mencapai tujuan-tujuan praktikal dan material mampu memudahkan kerja-kerja teknikal manusia”. Pengertian  ini  diguna  pakai  oleh  Tamadun  Islam  dan  Tamadun  Barat  sebelum terjadinya revolusi sains Barat pada hari ini yang melihat sains itu dari kaca mata barat yang amat jauh bezanya dengan takrifan sains yang asal. Sains moden hari ini juga disebut sebagai sains barat (Wan Fuad Wan Hassan, 1996).


Kesimpulan          
  Pengertian sains dalam bahasa Melayu yang digunakan ialah ilmu atau pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat khas. Ia juga melibatkan  pengetahuan bersistem  yang diperolehi  daripada cerapan, kajian dan eksperimen. Walaubagaimanapun  cerapan,  kajian  dan  eksperimen  itu  bukanlah sepertimana  yang  kita  sedia  maklum  hari  ini  sebaliknya  cerapan,  kajian  dan eksperimen. Contohnya dalam  bidang perubatan, melalui pengalaman selama ratusan tahun. Masyarakat terdahulu telah  melakukan  kajian  dan eksperimen sehingga  mereka  boleh menghasilkan pelbagai pengetahuan dan teknik pengubatan.

Khamis, 4 Januari 2018

MAKSUD SPM

DEFINISI SPM


Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. SPM terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya telah menghabiskan dua tahun sekolah menengah selepas PMR.
Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) merupakan ujian akhir pendidikan tinggi. SPM adalah syarat bagi pelajar di Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.